Memiliki kulit putih bersih tanpa cela dan masalah menjadi idaman setiap wanita. Masalah kulit rosak, jerawat, jeragat, kusam dan parut perlu dirawat dengan produk yang berasaskan bahan semulajadi yang tidak merosakkan kulit. Keadaan diri dan persekitaran banyak menyumbang kepada masalah kulit.
Masalah jerawat timbul apabila berlaku perubahan hormone dalam badan terutamanya pada remaja dan wanita mengandung. Jerawat dan masalah kulit lain juga timbul berpunca dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi. Pencemaran, pancaran matahari dan tekanan sekeliling menyebabkan masalah jerawat, penuaan, jeragat dan masalah kulit lain. Pemilihan produk yang salah dan mengandungi bahan kimia berbahaya juga boleh menyebabkan kerosakan dan masalah kulit.
Hasil kajian dan penyelidikan di makmal, formula Sabun Qalbilla menggabungkan bahan semulajadi iaitu stemcell oren, kolagen dan vitamin C terbukti berkesan menyelesaikan masalah-masalah kulit. Kualiti sabun ini tidak perlu dipertikaikan kerana Sabun Qalbilla dihasilkan di kilang yang memiliki GMP.
Sabun Qalbilla dirumus daripada stemcell oren, ekstrak aloe vera, kolagen, vitamin c, minyak marula dan licorice root berfungsi menyelesaikan masalah kulit wajah. Sabun Qalbilla tidak mengandungi merkuri dan bahan kimia.
Berikut ialah khasiat bahan-bahan yang terkandung dalam Sabun Qalbilla:
  • Stemcell Oren – Oren kaya dengan vitamin c sangat baik untuk kesihatan kulit. Vitamin c berupaya menangkis radikal bebas akibat terdedah kepada matahari, pencemaran dan tekanan. Kewujudan radikal bebas menyebabkan kulit muka rosak, menjadi gelap, penuaan dan paling bahaya boleh menyebabkan kanser kulit. Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam buah oren boleh memulihkan luka dan kerosakan sel. Vitamin c juga berfungsi mencerahkan dan menegangkan kulit, juga mengecilkan pori-pori terbuka sehingga kulit kelihatan cantik dan halus. Dengan kaedah stemcell, khasiat oren dipindahkan sepenuhnya kepada sel kulit wajah.
  • Ekstrak Aloe Vera – Sejak dahulu, aloe vera terkenal dengan khasiatnya untuk kulit. Daun Aloe Vera menghasilkan sejenis gel yang mempunya nilai-nilai perubatan yang tersendiri seperti merawat luka, melembabkan kulit dan anti bacteria. Untuk kecantikan, aloe vera boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka. Selain itu, ia juga menambahkan kelembapan kulit, merawat sunburn dan kerengsaan kulit. Aloe vera juga mampu mengurangkan kedutan pada wajah.
  • Kolagen – Oleh kerana kolagen membentuk 75% daripada kulit badan, kehadiran kolagen sangat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat. Malangnya, penghasilan kolagen berkurangan pada usia 20 tahun dan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Penyusutan kolagen yang bukan sahaja menyebabkan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya. Produk berasaskan kolagen mampu mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda.\
  • Minyak Marula – Minyak marula dihasilkan daripada biji buah marula yang berasal daripada Afrika Selatan. Minyak marula lembut, senang diserap dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Selain efek melembutkan kulit dengan segera, minyak ini juga membantu mengekalkan kelembutan kulit dengan melembabkan dan memperbaiki kerosakan pada permukaan kulit. Kandungan asid lemak, minyak omega serta vitamin E dan C di dalam minyak marula membantu mengembalikan elastisiti pada wajah dan mengurangi kedutan akibat penuaan. Kandungan zat antimicrob dalam minyak ini pula membantu menghilangkan segala jenis noda pada wajah.
  • Licorice Root – Licorice root ialah herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina. Licorice root membantu mengatasi keradangan pada kulit dan menjaga struktur kulit.
Produk yang 100% semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia ini tidak memberi hasil dalam masa yang singkat. Sabun Qalbilla akan merawat kulit dan menghilangkan sisa kimia yang tertanam dalam kulit. Untuk mendapatkan kesan yang baik, cuci muka dengan Sabun Qalbilla lima kali sehari, iaitu setiap kali berwuduk untuk solat. Hasil tindakbalas proses rawatan ini, jerawat besar akan keluar. Seterusnya jerawat halus keluar, dan selepas tiga minggu, kulit menjadi licin, mulus, bersih dan cerah. Masalah jerawat dan masalah kulit yang lain akan hilang. Kulit akan kelihatan berseri dan ‘pinkish’.
Mendapatkan kulit yang bersih, cantik dan cerah tidaklah sukar. Hanya pilih produk yang betul dan gunakan seperti yang disarankan. Produk yang memberi hasil dalam masa yang singkat mungkin tidak selamat kerana mempunyai bahan kimia merbahaya. Pilih produk yang berasaskan bahan semulajadi kerana walaupun kesannya agak lambat, tetapi tidak merosakkan kulit.

Untuk tempahan :

Sila Hubungi (WhatsApp) :  0192048402 (sis Mimie)